Sekitar Program "Jom ke IPTA" yang disertai oleh rombongan SMK Bakun, dan SMK Belaga, 120 orang termasuk pegawai pengiring pada 19 Mac 2019 di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Samarahan 2 . Sudut IT digunakan oleh pelajar untuk mengisi UPU. Pelajar yg lain sementara menunggu akan melawat sekitar perpustakaan. Turut bersama menyambut Program ini ialah Menteri Muda Bekalan Air Sarawak merangkap ADUN Belaga, YB Datuk Liwan Lagang dan YB Kennedy Chuk Pai (ADUN Murum), 5 pegawai pengiring .


Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut
"Fakulty Attack" pada kali ini yang focus kepada Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi yang berlansung selama 2 jam di ruang legar Perpustakan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Samarahan pada 18 Mac 2019. Tahniah kepada Unit Perkhidmatan Maklumat Kampus Samarahan yang diketuai oleh En. Adenan,bersama En. Dominic, En. Yusuf dan Staf Kampus Samarahan di atas kejayaan melaksanakan Takwim , KPI, sasaran kerja dan HR2u Staf Perpustakaan..


Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut
Pada 15 Mac 2019, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak , Kampus Samarahan dan Kampus Samarahan 2 telah menerima lawatan daripada JPK UiTM Kampus Bandaraya alor gajah, seramai 28 orang. Lawatan selama 1 jam itu diberikan taklimat ringkas dan lawatan sekitar Perpustakaan yang telah diberikan oleh En. Nur Afnan Ludin Pembantu Pustakawan Kampus Samarahan dan En. Jamil Jawi Pembantu Pustakawan Kampus Samarahan 2.


Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut
Program Maker Meet @ PTAR ini merupakan julung-julung kali ia diadakan dan akan menjadi projek PTAR 2019 yang bakal mengisi kalendar aktiviti tahunan PTAR. Seramai 50 orang peserta yang mengikuti program ini pada 11 Mac 2019, hari isnin jam 2.00 petang di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Samarahan 2. Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan mengembangkan kreativiti dalam membuat gubahan dan mendekorasi kek, untuk mendalami pelbagai teknik dalam mendekorasi kek untuk dipersembahkan dalam sesuatu hidangan.

Saya, Hapsah binti Suut, Pembantu Pustakawan Kanan, selaku ketua projek , ingin merakamkan Jutaan Terima Kasih kepada Pn. Norhayati Ismail, TKP, Pustakawan-Pustakawan, Staf-staf seperjuangan, para peserta dari pelbagai unit, pelajar pelatih dan Puan Nur Shahrina Paidin merupakan Tetamu Undangan dalam menjayakan program ini dengan jayanya.

Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut
Pertandingan Bowling Terbuka Anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPMKSAR) & Kelab Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak di Megalanes Sarawak, E-mart Batu Kawa pada 2 Mac 2019.

Program melibatkan penyertaan daripada ahli Kelab, seramai 45 orang dan 9 kumpulan yang bertanding. Program yang dijalankan memberi pendedahan kepada ahli mengenai kemahiran untuk menjalankan program yang melibatkan sukan dalaman. Para peserta dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan semangat kesukanan, memberi pengalaman baru kepada ahli jawatankuasa dan membentuk nilai-nilai moral dan juga sifat menghormati individu lain. Segala urusan program berjalan dengan lancar mengikut tentatif dan perancangan yang telah ditetapkan. Program dapat dikatakan berjaya kerana komitmen dan juga kerjasama antara setiap ahli jawatankuasa pelaksana.

Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut